Tuesday, July 24, 2018

Waktu yg hilang

Berjalan kehadapan
Dalam langkah yg ragu
Terkadang menoleh kebelakang
Namun langkah diteruskan

Setiap detik yg berlalu
Semakin jauh ditinggalkan
Setiap langkah diatur
Semakin rimas menyelubungi

Nafas kian sesak
Pandangan makin kabur
Apakah benar ini jalannya?
Masih bisakah diundur

Hati mula bertanya
Inikah pilihanmu?
Namun waktu tetap berdetik
Tanpa lewat sesaat pun

Dalam samar mula mencari
Arah tuju makin kelam
Apakah sudah terlewat
Atau ini hanya permulaan

Waktu terus berlalu
Meninggalkan yg singgah lalu
Ketika itu baru termanggu
Rupanya yg hilang itu waktu

Labels: , ,

Monday, July 23, 2018

Pengalaman menggunakan Kawasaki D-Tracker 150


Hari ini secara tepatnya 23 Julai 2018, genap 30 000km mileage tunggangan Kawasaki D-Tracker 150. Secara jujurnya motor ini agak mengujakan kerana walaupun sudah 30k mileage, motor masih dalam keadaan sangat baik, dari segi enjin dan juga ketahanan.


Sepanjang saya menggunakan motor ini selama 2 tahun, tidak ada masalah 'major' yg dihadapi. Cuma 'minor' problem sahaja seperti motor pernah bocor, mati secara tiba2 di traffic light dan juga sebu. Tapi masalah yg saya sebutkan adalah berpunca dari penjagaan motor yg kurang cermat juga kurangnya pengetahuan tentang motor jenis motard ini. Masalah berjaya diselesaikan dan dielakkan dengan penggunaan minyak enjin yg sesuai dan juga servis yg mengikut mileage yg telah ditetapkan.

Secara puratanya, saya akan servis motor ini setiap kali 3000km dgn menggunankan minyak enjin Motul 10W-40 dan filter original dari kawasaki. Dgn menjaga hanya 2 perkara ini sahaja, motor ini tidak menghadapi masalah2 teknikal yg rumit. 

Saya menunggang motor ini untuk berulang alik ke tempat kerja yg boleh dikatakan agak jauh iaitu 40 km perjalanan sehala. Maknanya saya akan menunggang lebih dr 80 km sehari. Dengan posisi tunggangan tegak, motor ini sangat selesa utk perjalan jauh. Cuma ada sedikit masalah kalau anda berbadan agak besar kerana seat motor ini agak slim. Kelajuan boleh dikatakan bukan keistimewaan motor ini tetapi daya pecutan agak bagus untuk motosikal berkuasa 150 cc. Agak lincah untuk tungganan di kawasan bandar yg penuh dengan kesesakan. Untuk highway, selamat tinggal la jawabnya.

Saya juga telah membuat beberapa modifikasi daripada spesifikasi asal seperti menukar saiz tayar dari 14 inci ke saiz 17 inci dan juga tail lamp supaya nampak lebih menarik. Secara jujurnya, penggunaan tayar 17 inci adalah sangat berat untuk motosikal ini kerana saya dengan jelas dapat merasakan penurunan kuasa pecutan apabila tayar ditukar. Tetapi tayar yg lebih besar agak bagus untuk tungganan jarak jauh dan juga ketika mengambil selekoh.


Secara konklusinya, motosikal Kawasaki D-Tracker 150 sangat memuaskan sepanjang saya gunakan dan sangat selesa untuk perjalanan jauh. 

Labels: , , , ,

Wednesday, July 18, 2018

Kembali

Seandainya ada ruang dan pintu utk kembali, ke masa dulu... Mengisi setiap detik yg tersia, menjahit lipatan yg carik, supaya hari ini tiada penyesalan.

Waktu2 yg terbuang ketika itu membuat hari ini terasa kosong sekali, kerana yg terbuang itu adalah waktu yg paling bernilai.